Aplikasi Video
Aplikasi
Video analog digunakan dalam bidang perfileman dan video digital digunakan
dalam produk multimedia. Penggunaan perisian penyunting video membolehkan video
analog diubah kepada video digital. Pemampatan video digital membolehkan video
dihantar melalui Internet dalam bentuk MPEG 4. Aplikasi 3G (3rd
Generation) membolehkan video digital format 3GP dihantar mealui telefon
bimbit.
PenyiaranPenyiaran melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat melalui alat penerima satelit, kabel ataupun wayarless, televisyen, komputer ataupun telefon bimbit. Berbanding dengan audio, video digunakan dalam bidang penyiaran kerana berupaya memaparkan visual sebenar tentang perkara yang ingin disampaikan.
Video digital disimpan dalam bentuk pita, CD atau DVD dengan kapasiti simpanan yang lebih tinggi dan berkualiti. Perakam DVD berupaya menyimpan video digital dalam CD dengan kapasiti simpanan 200 jam masa tayangan. Selain itu, Personal Digital Assistant (PDA), telefon bimbit dan pemain MP4 menyediakan kemudahan menonton video digital.
Multimedia
Ciri-ciri Interaktif membezakan multimedia daripada media yang lain. Pengguna boleh mengawal dan berinteraksi dengan bahan media yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat. Produk multimedia menyebarkan maklumat seperti produk jualan, penggunaan sesuatu produk, latihan, pendidikan dan pemasaran produk.
Penggunaan koswer dalam pendidikan memberikan impak yang positif terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kandungan pelajaran yang statik berbentuk cetakan dapat dipaparkan dalam bentuk yang lebih menarik dan interaktif.
0 comments:
Post a Comment