Format Audio Digital
Terdapat beberapa jenis format fail audio yang sering digunakan bagi menyimpan audio dalam bentuk digital. Antara format fail audio yang biasa digunakan adalah seperti *.wav, *.aiff, *.midi, * .fiff, *.MP3.
WAV
WAV merupakan singkatan Windows Wave Format. Format fail audio popular ini digunakan dalam kebanyakan system computer khususnya persekitaran Windows. Saiz fail bagi format ini tidak boleh melebihi 2GB. Format fail audio ini telah dibangunkan oleh Microsoft Corporation dan IBM.
AIFF
AIFF merupakan singkatan bagi Audio Interchange File Format. Fail audio format ini telah dibangunkan oleh Apple Computer dan biasa digunakan bersama-sama computer Apple. Saiz fail format ini adalah besar berbanding dengan format yang lain. Hal ini kerana fail audio format ini tidak dimampatkan.
MIDI
MDI merupakan singkatan bagi Musical Instrument Digital Interface. Fail audio format ini menyimpan data audio bagi alatan muzik seperti biola, gitar, drum dan piano. Saiz fail format ini adalah kecil.
RIFF
RIFF merupakan singkatan bagi Resource Interchange File Format. Fail audio format ini telah diperkenalkan oleh Microsoft dan IBM dalam bentuk struktur pecahan. Setiap pecahan dalam fail format ini akan dikenalpasti jenis data yang dibawa. Ini menjadikan format audio RIFF boleh menghasilkan kandungan audio dan video yang berbeza seperti fail AVI dan WAV.
MP3
MP3 merupakan singkatan MPEG 1 audio lapisan 3 (Motion Picture Expert Group 1, Layer 3). Format fail audio ini menggunakan piawaian MPEG 1 terutama bagi menghantar audio digital melalui internet. Saiz fail format ini adalah kecil berbanding dengan format yang lain disebabkan fail audio format ini telah dimampatkan.
1 comments:
Kalau m4a?
Post a Comment