Saturday, December 1, 2012
Saturday, November 24, 2012
Q&A
Posted by
ina ruslee
11:58 PM
Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan Audio dan Video email or chat dengan saya melalui facebook, tweeter, gmail, yahoo atau dalam blog ini...
facebook - https://www.facebook.com/ina.ruslee
tweeter - https://twitter.com/inaruslee
gmail - fathifaradina86@gmail.com
yahoo - fathi_faradina86@yahoo.com
Terima kasih :-)
Thursday, November 15, 2012
Info (Menghasilkan dan Memanipulasi Video Digital & Proses penghasilan video digital )
Posted by
ina ruslee
6:29 AM
Menghasilkan dan Memanipulasi Video Digital
Penggunaan teknologi yang bersesuaian akan menghasilkan produk video yang berkualiti. Penghasilan video menjadi semakin mudah dengan adanya kamera video digital yang mempunyai fitur-fitur binaan dalaman seperti kawalan cahaya, auto focus, antigegaran dan teknologi rakaman jauh melalui wayarles.
Rakaman video boleh dipindahka n terus ke dalam computer untuk dimanipulasi dengan menggunakan perisian penyuntingan video. Perisian ini membolehkan pengguna menambah kesan khas, kesan bunyi, membuat tajuk dan mengimport imej atau video.
Proses penghasilan video digital
Prapenerbitan
|
Penerbitan
|
Pascapenerbitan
|
Perancangan
pengambaran
Penentuan kepakaran
Penentuan
perbelanjaan
Pemilihan peralatan
Penulisan skrip atau
papan cerita
Analisis skrip atau
papan cerita
|
Pengambaran video
Penyelenggaraan
peralatan
|
Pendigitan
Rough Edit
Penyuntingan
Penambahan kesan
khas
Output
|
Merancang
Penghasilan video memerlukan
perancangan yang teliti umtuk mendapatkan mutu video yang berkualiti. Antara
perancangan yang diperlukan adalah :
·
Menentukan kemampuan computer dan saiz storan.
·
Menentukan saiz dan format fail akhir video.
·
Menyenaraikan peralatan video.
·
Menentukan keserasian kamera dengan komputer.
·
Menyediakan papan cerita atau skrip penggambaran
·
Menyediakan perisian penyuntingan video.
Kamera
|
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Perakam CCD DV
|
-Tiada pemampatan,
sesuai untuk penyuntingan
|
-Kualiti sederhana
hanya 1CCD (Charged – Coupled Device)
-Storan pita mini
|
Perakam 3CCD DV
|
-Kualiti tinggi
(3CCD)
-Tiada pemampatan,
sesuai untuk penyuntingan
|
-Storan pita mini
(DV)
|
Perakam CCD DVD
|
-DVDR / RW
-Mudah main semula /
carian
-Saiz storan sebesar
simpanan DVD
|
-Kualiti sederhana (MMPEG-2)
-Fail *.vob, sukar
ditukar format dan suntingan
-Masalah keserasian
|
Perakam tanpa pita
|
-Tiada pita, storan
besar
-Mudah main semula /
carian
|
-Kualiti sederhana
(MPEG-2)
-Fail *.mod, sukar
ditukar format dan suntingan
-Masalah keserasian
|
Perfileman (Filming)
Proses pengambaran video perlu
dilaksanakan dengan mengambil kira perkara-perkara yang berikut :
- Kamera – Dapatkan kamera digital yang sesuai dengan keadaan dan suasana persekitaran lokasi penggambaran, pemandangan siang atau malam, objek bergerak atau statistik.Setiap adegan memerlukan peralatan tambahan yang khusus. Kamera yang mempunyai Sensor Charged-Coupled Device (CCD) boleh menghasilkan kualiti yang baik dalam kebanyakan situasi. Kamera 3CCD adalah lebih berkualiti daripada Single Charged-Coupled Device (CCD).
- Teknik penggambaran – Sudut penggambaran, bilangan kamera, komposisi dan pencahayaan adalah penting untuk menghasilkan output yang berkualiti. Dalam situasi yang berjalan serentak, beberapa buah kamera diperlukan untuk membuat liputan. Teknik ini dikenali sebagai Multiple Camera Production (MCP).
- Peralatan sampingan – Mikrofon, tripod, lampu limpah, bateri tambahan atau punca kuasa dan storan yang mencukupi adalah peralatan sampingan yang perlu disediakan. Mikrofon binaan dalaman pada kamera hanyalah untuk kegunaan umum, tetapi untuk tujuan temu ramah, mikrofon luaran diperlukan seperti mikrofon dengan wayar atau wayarles. Tripod diperlukan untuk menstabilkan kamera video semasa penggambaran. Lampu limpah diperlukan untuk mendapatkan video yang berkualiti pada penggambaran dalaman atau luaran. Bateri tambahan atau storan luaran perlu disediakan untuk tempoh penggambaran yang mengambil masa yang lama
Rough Edit
Rough
Edit ialah proses yang dilaksanakan pada peringkat awal penyuntingan video.
Klip video yang asal boleh dibahagikan kepada beberapa fail yang berasingan
supaya fail berkenaan tidak terlalu besar bertujuan untuk memudahkan proses
penyuntingan seterusnya. Proses ini melibatkan penyusunan klip-klip video mengikut turutan pilihan tanpa
melibatkan sebarang penambahan kesan khas seperti memadam, mengubah warna,
menambah tajuk, mengubah audio dan menambah transisi pada klip asal. Proses
rough edit boleh dilaksanakan dalam kamera video digital sebelum dipindahkan ke
dalam komputer.
Pemampatan (Compression Codec)
Pemampatan
video bermaksud mengurangkan saiz fail video untuk tujuan pengedaran dalam
pelbagai medium seperti CD-ROM, Internet dan telefon bimbit. Kualiti dan saiz
video diubah mengikut kesesuaian medium penyimpanan dan penghantaran video.
Proses ini dilaksana menggunakan perisian penyuntingan video atau gabungan
perkakasan yang dinamakan pengekod.
No.
|
Format
Video
|
Nama
|
Saiz
(Mb)
|
1.
|
.avi
|
Audio Video Interleave
|
29.2
|
2.
|
.mov
|
QuickTime
|
31.4
|
3.
|
.mpeg
|
Motion Pictures Expert Group
|
12.1
|
4.
|
.3gp
|
Third Generation Partnership
|
3.04
|
Codec
ialah perisian yang boleh digunakan untuk melaksanakan proses pengekodan dan
nyahkodan data digital. Codec bermaksud Compressor-Decompressor, Coder-Decoder
atau Compression / Decompression algorithm. Contoh Codec ialah Cinepak,
QuickTime, RealVideo, MPEG-1, MPEG-2 dan
MPEG-4.
Aktiviti dan Latihan (Video 1)
Posted by
ina ruslee
6:23 AM
Para pelajar dikehendaki menghantar tugasan melalui Dropbox > Group Sharing > Video 1 > Nama & Tingkatan. Tarikh menghantar tugasan adalah pada 07 Disember 2012.
Contoh : Dropbox > Group Sharing > Video 1 > Norlina Ruslee 4 Teknologi Maklumat
Para pelajar dikehendaki memasuki ruangan forum kumpulan Latihan : (Video 1) di dalam laman sosial facebook dan membuat perbincangan soalan latihan yang diberikan. Setiap pelajar perlulah mengulas atau memberi komen jawapan rakan-rakan sebanyak 3 kali.
1. Sila isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Tugasan :
1.
Tulis sebuah artikel dalam 300 – 500 patah
perkataan tentang aplikasi video dan multimedia dalam bidang penyiaran.
Peralatan :
1.
Capaian Internet.
2.
Bahan daripada media cetak.
Langkah Kerja :
1.
Senaraikan medium yang digunakan untuk penyiaran
video.
2. Layari Internet untuk mendapatkan maklumat
mengenai aplikasi video dan multimedia dalam bidang penyiaran dan rumuskan
dapatan anda dalam sebuah artikel.
Latihan -
1. Sila isikan ruang kosong dengan jawapan yang betul.
a. Format
video yang hendak dimainkan dalam produk multimedia hendaklah ditukar dari
format video ___________ kepada video
___________.
b. Saiz
fail video yang besar boleh dimampatkan menggunakan kaedah ___________ supaya ianya sesuai untuk dihantar
melalui medium ___________ .
c. Penghantaran
video melalui medium CD-ROM, boleh dihantar dalam format berikut : ___________
, ___________ , dan ___________ .
d. Produk
multimedia memerlukan perisian aplikasi seperti ___________ , ___________ , dan
___________ untuk memainkan semula video digital.
2.
Bincangkan perbezaan peralatan yang diperlukan
untuk menerima siaran video melalui televisyen di rumah anda.
Info Video (Aplikasi Video, Penyiaran & Multimedia)
Posted by
ina ruslee
6:11 AM
Aplikasi Video
Aplikasi
Video analog digunakan dalam bidang perfileman dan video digital digunakan
dalam produk multimedia. Penggunaan perisian penyunting video membolehkan video
analog diubah kepada video digital. Pemampatan video digital membolehkan video
dihantar melalui Internet dalam bentuk MPEG 4. Aplikasi 3G (3rd
Generation) membolehkan video digital format 3GP dihantar mealui telefon
bimbit.
PenyiaranPenyiaran melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat melalui alat penerima satelit, kabel ataupun wayarless, televisyen, komputer ataupun telefon bimbit. Berbanding dengan audio, video digunakan dalam bidang penyiaran kerana berupaya memaparkan visual sebenar tentang perkara yang ingin disampaikan.
Video digital disimpan dalam bentuk pita, CD atau DVD dengan kapasiti simpanan yang lebih tinggi dan berkualiti. Perakam DVD berupaya menyimpan video digital dalam CD dengan kapasiti simpanan 200 jam masa tayangan. Selain itu, Personal Digital Assistant (PDA), telefon bimbit dan pemain MP4 menyediakan kemudahan menonton video digital.
Multimedia
Ciri-ciri Interaktif membezakan multimedia daripada media yang lain. Pengguna boleh mengawal dan berinteraksi dengan bahan media yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat. Produk multimedia menyebarkan maklumat seperti produk jualan, penggunaan sesuatu produk, latihan, pendidikan dan pemasaran produk.
Penggunaan koswer dalam pendidikan memberikan impak yang positif terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kandungan pelajaran yang statik berbentuk cetakan dapat dipaparkan dalam bentuk yang lebih menarik dan interaktif.
Info Video
Posted by
ina ruslee
6:08 AM
Video dalam format analog perlu diubah ke format digital untuk digunakan dalam produk multimedia. Perkembangan teknologi membolehkan rakaman video digital dilaksanakan tanpa penggunaan pita rakaman. Video digital lebih mudah disunting berbanding video analog.
Video streaming yang dimampatkan membolehkan fail video yang besar dikecilkan dengan kualiti yang baik. Video digital boleh ditonton melalui Internet, menggunakan perisian aplikasi seperti Real Player, QuickTime dan Windows Media Player (WMP).
Video (Objektif Khusus dan Pencapaian Kompetensi)
Posted by
ina ruslee
5:40 AM
V i D e O
Objektif Khusus
Pada akhir unit ini, pelajar akan dapat :
1.
Menerangkan jenis-jenis aplikasi dan fungsi
video dalam penyiaran dan multimedia.
2.
Mengendalikan kamera video untuk membuat
rakaman.
3.
Mengendalikan perisian penyuntingan video.
Pencapaian Kompetensi
1.
Membuat rakaman menggunakan kamera video
digital.
2.
Menyunting video digital dan menghasilkan produk
video dalam bentuk CD dan web.
Aktiviti dan Latihan (Audio 2)
Posted by
ina ruslee
5:21 AM
Aktiviti -
Para pelajar dikehendaki menghantar tugasan melalui Dropbox > Group Sharing > Audio 2 > Nama & Tingkatan. Tarikh menghantar tugasan adalah pada 30 November 2012.
Contoh : Dropbox > Group Sharing > Audio 2 > Norlina Ruslee 4 Teknologi Maklumat
Tugasan : Menukarkan format fail audio wave kepada format
fail MP3.
Peralatan :
1.
Set komputer multimedia yang dilengkapi dengan
pembesar suara dan mikrofon.
2.
Audio kesan bunyi yang terdapat di dalam folder
C:\WINDOWS\Media.
Langkah
kerja :
1.
Membuka fail tada.wav
Latihan -
1.
Nyatakan perbezaan utama antara format fail
audio MP3 dengan MP4.
2.
Senaraikan TIGA format fail audio terkini yang
sering digunakan dalam internet.
3.
Mengapakah fail jenis MP3 digunakan secara
meluas?
Info MPEG
Posted by
ina ruslee
5:13 AM
- MPEG 1 merupakan piawaian yang digunakan untuk memampatkan data digital bagi audio dan video. Dalam piawaian ini terdapat empat tahap mampatan data audio digital yang digunakan seperti :
· MP1 menggunakan piawaian mampatan MPEG-1 Audio lapisan 1
· MP2 menggunakan piawaian mampatan MPEG-1 Audio lapisan 2
· MP3 menggunakan piawaian mampatan MPEG-1 Audio lapisan 3
· MP4 menggunakan teknologi MPEG-4 secara umumnya. Format fail MP4 ini boleh menyimpan data bagi gabungan elemen multimedia seperti audio, video, imej, animasi dan menu dalam satu fail.
Format Audio Digital
Posted by
ina ruslee
5:09 AM
Format Audio Digital
Terdapat beberapa jenis format fail audio yang sering digunakan bagi menyimpan audio dalam bentuk digital. Antara format fail audio yang biasa digunakan adalah seperti *.wav, *.aiff, *.midi, * .fiff, *.MP3.
WAV
WAV merupakan singkatan Windows Wave Format. Format fail audio popular ini digunakan dalam kebanyakan system computer khususnya persekitaran Windows. Saiz fail bagi format ini tidak boleh melebihi 2GB. Format fail audio ini telah dibangunkan oleh Microsoft Corporation dan IBM.
AIFF
AIFF merupakan singkatan bagi Audio Interchange File Format. Fail audio format ini telah dibangunkan oleh Apple Computer dan biasa digunakan bersama-sama computer Apple. Saiz fail format ini adalah besar berbanding dengan format yang lain. Hal ini kerana fail audio format ini tidak dimampatkan.
MIDI
MDI merupakan singkatan bagi Musical Instrument Digital Interface. Fail audio format ini menyimpan data audio bagi alatan muzik seperti biola, gitar, drum dan piano. Saiz fail format ini adalah kecil.
RIFF
RIFF merupakan singkatan bagi Resource Interchange File Format. Fail audio format ini telah diperkenalkan oleh Microsoft dan IBM dalam bentuk struktur pecahan. Setiap pecahan dalam fail format ini akan dikenalpasti jenis data yang dibawa. Ini menjadikan format audio RIFF boleh menghasilkan kandungan audio dan video yang berbeza seperti fail AVI dan WAV.
MP3
MP3 merupakan singkatan MPEG 1 audio lapisan 3 (Motion Picture Expert Group 1, Layer 3). Format fail audio ini menggunakan piawaian MPEG 1 terutama bagi menghantar audio digital melalui internet. Saiz fail format ini adalah kecil berbanding dengan format yang lain disebabkan fail audio format ini telah dimampatkan.
Aktiviti dan Latihan (Audio 1)
Posted by
ina ruslee
5:05 AM
Aktiviti -
Para pelajar dikehendaki menghantar tugasan melalui Dropbox > Group Sharing > Audio 1 > Nama & Tingkatan. Tarikh menghantar tugasan adalah pada 25 November 2012.
Contoh : Dropbox > Group Sharing > Audio 1 > Norlina Ruslee 4 Teknologi Maklumat
Tugasan
: Mencari dan memainkan fail audio dalam komputer.
Peralatan : Set komputer.
Langkah kerja : Mencari fail audio.
Latihan -
Para pelajar dikehendaki memasuki ruangan forum kumpulan Latihan : (Audio 1) di dalam laman sosial facebook dan membuat perbincangan soalan latihan yang diberikan. Setiap pelajar perlulah mengulas atau memberi komen jawapan rakan-rakan sebanyak 3 kali.
1.
Nyatakan DUA kepentingan audio dalam satu
persembahan multimedia.
2.
Senaraikan format audio yang boleh disimpan
dengan menggunakan perisian Audacity.
3.
Labelkan Rajah A.
Info Audio (Jenis-jenis Penggunaan Audio, Narasi (Narration), Kesan bunyi, Muzik Latar)
Posted by
ina ruslee
4:50 AM
Jenis-jenis Penggunaan Audio
- Audio merupakan elemen yang mampu menimbulkan mood dalam sesebuah persembahan multimedia.
- Antara contoh penggunaan audio dalam aplikasi multimedia ialah narasi, kesan bunyi dan muzik latar.
Narasi (Narration)
- Narasi merupakan suara manusia yang digunakan sebagai suara latar dalam produksi multimedia.
- Narasi digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara atau memberi arahan untuk melakukan sesuatu tugas.
- Dalam koswer (courseware), narasi digunakan untuk menyampaikan kandungan pembelajaran kepada pelajar.
Kesan bunyi
- Kesan bunyi merupakan bunyi latar seperti titisan hujan, kebakaran, orang berlari dan deruan angin boleh dihasilkan dalam studio rakaman dengan menggunakan bahan-bahan seperti menggumpal kertas atau kepingan aluminium dan ketukan pada tin kosong. Foley artist berupaya untuk menghasilkan bunyi seperti libasan kepak burung dengan menggunakan sarung tangan kulit, bunyi tembakan pistol dengan menggunakan papan dan gumpalan foil aluminium untuk menghasilkan bunyi kesan kebakaran.
- Kesan bunyi boleh terhasil daripada pergerakan atau perlanggaran sesuatu objek seperti bunyi kereta melanggar batu.
- Beberapa sampel kesan bunyi boleh didapati dalam system pengendalian Windows XP.
Muzik Latar
- Muzik latar merupakan bunyi yang dihasil menggunakan gabungan alat muzik seperti gitar, dram dan piano. Muzik ini dirakam tanpa suara penyanyi.
- Muzik latar sering digunakan dalam siaran radio, televisyen, permainan video, laman web dan persembahan multimedia dengan tujuan untuk menghidupkan suasana dan member kesan kepada pendengar.
- Contoh : Muzik latar sering dimainkan pada permulaan sesuatu persembahan multimedia ataupun di penghujung persembahan tersebut.
Website Video Link (Adobe Premiere)
Posted by
ina ruslee
3:04 AM
Tutorial Adobe Premiere
Software Adobe Premiere
Website Audio Link (Sound Forge)
Posted by
ina ruslee
3:00 AM
Tutorial Sound Forge
Software Sound Forge
Wednesday, October 17, 2012
Take Note !!!
Posted by
ina ruslee
3:47 AM
Audio atau bunyi merupakan perubahan
tekanan terhadap gelombang udara. Gegendang telinga kita sensitif terhadap
perubahan tekanan gelombang yang berlaku. Bunyi terhasil daripada getaran jirim
di udara. Semasa getaran, berlaku variasi tekanan dalam udara yang membentuk
panjang gelombang (wavelength).
Panjang gelombang ini akan berulang pada selang masa tertentu yang dinamakan
kitar. Apabila panjang gelombang ini
sampai ke telinga, ia akan memberi tekanan terhadap gegendang telinga dan menyebabkan
kita mendengar bunyi.
@ u D i O (Objektif Khusus & Pencapaian Kompetensi)
Posted by
ina ruslee
3:45 AM
Objektif Khusus :
1.
Menghasilkan bahan audio dalam bentuk narasi dan
kesan bunyi.
2.
Mengenal pasti
teknik penghasilan kesan bunyi.
3.
Mengendalikan perisian untuk mengadun (mixing) bahan audio.
Pencapaian Kompetensi :
1.
Dapat merakamkan suara narasi dengan baik.
2.
Dapat menghasilkan kesan bunyi melalui rakaman.
3.
Dapat mendigitkan muzik ke dalam komputer.
4.
Dapat memilih, memotong dan memadam data audio.
5.
Dapat mengadun muzik dengan suara narasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
My Course
Minor
Credit
Thanks to Miss Syakilah Aziz help me to built this blog...Thanks a lot :-)