Menghasilkan dan Memanipulasi Video Digital
Penggunaan teknologi yang bersesuaian akan
menghasilkan produk video yang berkualiti. Penghasilan video menjadi semakin
mudah dengan adanya kamera video digital yang mempunyai fitur-fitur binaan
dalaman seperti kawalan cahaya, auto focus, antigegaran dan teknologi rakaman
jauh melalui wayarles.
Rakaman video boleh dipindahka n terus ke dalam
computer untuk dimanipulasi dengan menggunakan perisian penyuntingan video.
Perisian ini membolehkan pengguna menambah kesan khas, kesan bunyi, membuat
tajuk dan mengimport imej atau video.
Proses penghasilan video digital
Prapenerbitan
|
Penerbitan
|
Pascapenerbitan
|
Perancangan
pengambaran
Penentuan kepakaran
Penentuan
perbelanjaan
Pemilihan peralatan
Penulisan skrip atau
papan cerita
Analisis skrip atau
papan cerita
|
Pengambaran video
Penyelenggaraan
peralatan
|
Pendigitan
Rough Edit
Penyuntingan
Penambahan kesan
khas
Output
|
Merancang
Penghasilan video memerlukan
perancangan yang teliti umtuk mendapatkan mutu video yang berkualiti. Antara
perancangan yang diperlukan adalah :
·
Menentukan kemampuan computer dan saiz storan.
·
Menentukan saiz dan format fail akhir video.
·
Menyenaraikan peralatan video.
·
Menentukan keserasian kamera dengan komputer.
·
Menyediakan papan cerita atau skrip penggambaran
·
Menyediakan perisian penyuntingan video.
Kamera
|
Kelebihan
|
Kekurangan
|
Perakam CCD DV
|
-Tiada pemampatan,
sesuai untuk penyuntingan
|
-Kualiti sederhana
hanya 1CCD (Charged – Coupled Device)
-Storan pita mini
|
Perakam 3CCD DV
|
-Kualiti tinggi
(3CCD)
-Tiada pemampatan,
sesuai untuk penyuntingan
|
-Storan pita mini
(DV)
|
Perakam CCD DVD
|
-DVDR / RW
-Mudah main semula /
carian
-Saiz storan sebesar
simpanan DVD
|
-Kualiti sederhana (MMPEG-2)
-Fail *.vob, sukar
ditukar format dan suntingan
-Masalah keserasian
|
Perakam tanpa pita
|
-Tiada pita, storan
besar
-Mudah main semula /
carian
|
-Kualiti sederhana
(MPEG-2)
-Fail *.mod, sukar
ditukar format dan suntingan
-Masalah keserasian
|
Perfileman (Filming)
Proses pengambaran video perlu
dilaksanakan dengan mengambil kira perkara-perkara yang berikut :
- Kamera – Dapatkan kamera digital yang sesuai dengan keadaan dan suasana persekitaran lokasi penggambaran, pemandangan siang atau malam, objek bergerak atau statistik.Setiap adegan memerlukan peralatan tambahan yang khusus. Kamera yang mempunyai Sensor Charged-Coupled Device (CCD) boleh menghasilkan kualiti yang baik dalam kebanyakan situasi. Kamera 3CCD adalah lebih berkualiti daripada Single Charged-Coupled Device (CCD).
- Teknik penggambaran – Sudut penggambaran,
bilangan kamera, komposisi dan pencahayaan adalah penting untuk menghasilkan
output yang berkualiti. Dalam situasi yang berjalan serentak, beberapa buah
kamera diperlukan untuk membuat liputan. Teknik ini dikenali sebagai Multiple Camera Production (MCP).
- Peralatan sampingan – Mikrofon, tripod, lampu
limpah, bateri tambahan atau punca kuasa dan storan yang mencukupi adalah
peralatan sampingan yang perlu disediakan. Mikrofon binaan dalaman pada kamera
hanyalah untuk kegunaan umum, tetapi untuk tujuan temu ramah, mikrofon luaran
diperlukan seperti mikrofon dengan wayar atau wayarles. Tripod diperlukan untuk
menstabilkan kamera video semasa penggambaran. Lampu limpah diperlukan untuk
mendapatkan video yang berkualiti pada penggambaran dalaman atau luaran. Bateri
tambahan atau storan luaran perlu disediakan untuk tempoh penggambaran yang
mengambil masa yang lama
Rough Edit
Rough
Edit ialah proses yang dilaksanakan pada peringkat awal penyuntingan video.
Klip video yang asal boleh dibahagikan kepada beberapa fail yang berasingan
supaya fail berkenaan tidak terlalu besar bertujuan untuk memudahkan proses
penyuntingan seterusnya. Proses ini melibatkan penyusunan klip-klip video mengikut turutan pilihan tanpa
melibatkan sebarang penambahan kesan khas seperti memadam, mengubah warna,
menambah tajuk, mengubah audio dan menambah transisi pada klip asal. Proses
rough edit boleh dilaksanakan dalam kamera video digital sebelum dipindahkan ke
dalam komputer.
Pemampatan (Compression Codec)
Pemampatan
video bermaksud mengurangkan saiz fail video untuk tujuan pengedaran dalam
pelbagai medium seperti CD-ROM, Internet dan telefon bimbit. Kualiti dan saiz
video diubah mengikut kesesuaian medium penyimpanan dan penghantaran video.
Proses ini dilaksana menggunakan perisian penyuntingan video atau gabungan
perkakasan yang dinamakan pengekod.
No.
|
Format
Video
|
Nama
|
Saiz
(Mb)
|
1.
|
.avi
|
Audio Video Interleave
|
29.2
|
2.
|
.mov
|
QuickTime
|
31.4
|
3.
|
.mpeg
|
Motion Pictures Expert Group
|
12.1
|
4.
|
.3gp
|
Third Generation Partnership
|
3.04
|
Codec
ialah perisian yang boleh digunakan untuk melaksanakan proses pengekodan dan
nyahkodan data digital. Codec bermaksud Compressor-Decompressor, Coder-Decoder
atau Compression / Decompression algorithm. Contoh Codec ialah Cinepak,
QuickTime, RealVideo, MPEG-1, MPEG-2 dan
MPEG-4.