Soalan -
Apakah elemen multimedia yang digunakan dalam video di atas? Bincangkan dalam group forum menggunakan media sosial iaitu facebook. Setiap pelajar perlu memberi sekurang-kurangnya 3 komen berkaitan elemen multimedia yang terdapat dalam video tersebut.
PENGENALAN
Audio juga dikenali sebagai bunyi. Audio berfungsi untuk
memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan
melalui penggunaan teks @ grafik semata-mata. Audio mampu mempertingkatkan
kefahaman seseorang kepada sesuatu isi kandungan yang kompleks. Audio digital
menggunakan digital signal untuk menghasilkan bunyi. Bunyi adalah gelombang
yang dihasilkan oleh getaran molekul-molekul dalam medium seperti udara.
Gelombang bunyi juga disebut sebagai gelombang mekanikal. Kekuatan bunyi yang diterima
dikenali sebagai sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels (dB).
Peranan atau ciri-ciri audio
- Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
- Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
- Contoh : suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi.
Perkakasan Audio
- Perkakasan bagi audio adalah mikrofon dan modul pengecam suara.
Perisian audio
- Perisian audio digunakan untuk menghasilkan sebuah fail audio yang akan digabungkan bersama dengan fail grafik, video atau animasi semasa proses pembangunan aplikasi multimedia.
- Perisian audio yang biasa digunakan ialah Sound Forge, Adobe Audition, Sony ACID Pro dan sebagainya.
- Contoh format fail audio ialah wav, aiff, mp3 dan mid
- Video analog - video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai video analog diwakili oleh signal elektrik yang tidak menentu yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit. Kelemahan video ini adalah gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Piawaian utama bagi video ini adalah PAL dan NTSC.
- Video digital - isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses penukaran isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC). Manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan video ini adalah kualitinya kekal dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama.
Peranan atau ciri-ciri video
- Merujuk
kepada siri gambar foto atau grafik yang dipersembahkan dalam satu kadar
masa yang pantas.
- Video
menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih hidup dan realistik.
- Saiz
fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh kadar bingkai, saiz imej dan
kedalaman warna.
- Teknik
pemadatan video digital dikenali sebagai CODEC. Ia membolehkan lebih
banyak video dimuatkan di dalam CD atau hard disc.
- Terdapat
dua jenis pemadatan yang utama iaitu lossless compression dan lossy
compression. Antara piawaian pemadatan yang popular adalah MPEG, IVI
(Intel Video Interactive), Cinepak, Apple's QuickTime, Microsoft Video For
Windows (AVI).
Perkakasan Video
- Perkakasan bagi video adalah kamera video,camcoder @ pita video, video capture card.
Perisian Video
- Perisian video digunakan adalah untuk menghasilkan video dengan kualiti yang baik serta mengubahsuai video.
- Perisian video yang sering digunakan ialah Adobe Premier, Ulead Video Studio, Movie Maker, Flash Video Encoder dan sebagainya.
- Contoh format fail video ialah avi, mov, mpeg dan flv.
- Flv- sering digunakan kerana saiz yang lebih kecil dan kualiti video yang dihasilkan cukup baik.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan
multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan
bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Kita
perlu membuat penilaian / keputusan yang tepat tentang bahan audio video yang
boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas pemilihan
bahan audio video perlulah memenuhi kriteria berikut :
i.
Kandungan maklumat
•
Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan
ii.
Carrier / kandungan
•
mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau pita)
dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi dan/atau imej yang
dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi memastikan kelangsungan hayat
kandungannya dan kehilangan maklumat yang paling minimum.
iii.
Nilai estetika kandungannya
•
Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat
pengguna
iv.
Kualiti
•
Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
v.
Kelangsungan hayat
•
Bahan yang dibina mampu bertahan lama dan mudah dipelihara agar dapat diakses
dalam jangka masa panjang.
vi.
Pendokumentasian
•
Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses perolehan,
penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audio video.